Quantcast
Channel: EnyAbdullah.Com
Viewing all 648 articles
Browse latest View live

Pensonic Air Fryer Yang Sangat Cool! Terima Kasih Pensonic!

$
0
0
Kekny dapat Air Fryer ni dari Pensonic Malaysia. Sebab hari tu Kekny mempromosikan contest WE WANT YOU TO BE ON TV” BERSAMA DATO’ CHEF HAJI ISMAIL  dan Pensonic hadiahkan satu unit Air Fryer Pensonic ni. Kekny actually agak cuak nak pilih hadiah, tapi last sekali Kekny pilih Pensonic Air Fryer ni sebab actually ni memang kitchen gadget idaman Kekny.

Ni Miss Fika dari Pensonic HQ Penang. Besar tau tak Air Fryer ni. Ingat kecik je. Boleh la masak banyak sekali kan!

Ni lah dia idaman hati Kekny.. akhirnya berada di dapur Kekny.. memang dapat tu esoknya terus Kekny try.. tak sabar!!! Betul ke boleh goreng tanpa minyak ni? betul ke???


Betul lah korang, takkan tak betul pula.. cuba tengok Kekny goreng ayam goreng, tanpa setitik minyak pun!. Garing, crispy, moist pula didalam. Rasanya tak beza dengan goreng dengan minyak, yang berbeza ialah ianya kurang berminyak dan lebih healthy!



Ini nugget.. memang macam kita goreng pakai minyak! Korang just set suhu tu ikut gambar yang ada di depan Air Fryer tu. Pulas je tombol masa tu dan tinggal lah buat kerja lain. Dah siap ada bunyi "tingg" dan boleh la angkat. Mudah sangatkannn!! 



Kalau korang nak beli boleh lah ke kedai eletrik berdekatan yang menjual produk Pensonic ni ye! Nanti Kekny akan share lagi masakan dengan Pensonic Air Fryer ni. 


Nu Caffe Kopi Memberi Tenaga

$
0
0
Dalam kesibukan sehari hari sebagai pekerja, blogger dan juga part time baker, memang setiap hari adalah hari yang memenatkan. Jadi memang perlu cari solusi untuk mendapatkan semula kecergasan badan, Dan baru-baru ni Kekny cuba minum Kopi Nu Caffe ni. Kopi Nu Caffe ni adalah Kopi Arabica terbaik digabung bersama krimer dan juga bahan penting iaitu ekstrak tongkat ali. Haa sebab tu lah kopi ni memberi kecergasan. Haa korang mesti tau kebaikan tongkat ali ni kan.. antaranya kalau untuk lelaki meningkatkan stamina, kecergasan dan tenaga. Begitu juga untuk perempuan. Jadi kopi ni memang sesuai untuk lelaki dan perempuan.


Dengan kandungan 50mg tongkat ali dalam setiap cawan tu buat DH Kekny lebih tenaga. Bila kerja diwaktu siang badan dah penat, jadi balik waktu petang dan malam lemau je dia. Kesian kan kerja kuat. Kekny cubalah bagi minum Nu Caffe ni memang nampak perubahan. Balik keja ceria je, malam dapat tidur lena, esoknya bangun pun tak letih. Mudah nak bangun awal untuk Subuh. Kalau tidak jenuh nak kejutkan hihihi..


Tapi jangan tak tahu, tongkat ali ni bukan sekadar berkhasiat untuk tenaga batin je, tapi memberi tenaga secara keseluruhan. Kadangkala kita kerja ni tak tentu masa, makan dan tidur boleh mendatangkan lesu seluruh badan. Jadi Nu Caffe ni memang sangat sesuai untuk memulihkan tenaga.

Kekny memang bawa bekal 2-3 peket Nu Caffe ke office. Kadangkala buat report tu letih dan mengantuk, minum secawan terus active!

Rasa kopi ni pulak sedap, pekat dan kaw. Aroma kopi arabica tu memang harum je. Bila bancuh bau semerbak. 


Nak bancuh pun senang, just tuang air panas je. Boleh bawa pack ni kemana-mana sahaja. Mudah sangat.vDalam setiap pek ni 50 gm tongkat ali.. memang terbaik lah! 

Minum panas-panas sedap dan memang puas hati dapat kopi yang sedap, harum dan lemak berkrim. Kekny dan DH memang minum waktu sarapan pagi, buat bekal tenaga untuk ke pejabat.

Kalau korang nak beli, boleh la belikan untuk suami tersayang, atau nak beli kat bapa pun sesuai. Kopi ni sesuai untuk lrlaki dan perenpuan, suani isteri, ayah mak.. Dan sebab didatangkan dalam kotak comel tu memang sangat sesuai dibuat hadiah.

Untuk pembelian bolehlah beli melalui DenaiSell

#Nucaffe #DHNNucaffe

Shooting Rancangan TV3 Pensonic Raya Bersama Chef Ismail 2017

$
0
0
Ianya merupakan satu penghargaan bagi Kekny selama 9 tahun berblog. Kekny dijemput Oleh Pensonic Malaysia untuk satu sesi penggambaran  Shooting Pensonic Raya bersama Chef Ismail 2017.  Antara yang hadir ialah tetamu artis dan rakan blogger di HQ Pensonic Penang. 

Kekny dah lama mengkagumi Chef Ismail ni. Memang menjadi idola Kekny dan tawaran Pensonic tu adalah sesuatu yang tak dapat kekny tolak! Maka bertemankan maktok yang juga meminati Chef Ismail dan tak pernah missed membeli majalan yang ada muka chef ni hehehe. 

Kekny share untuk preview je ye, rakaman betul nanti korang tengok dekat-dekat nak raya nanti. Apa pun episode ni bermula pada hari ni jam 6 petang ni di TV3. Nak tengok muka Kekny ni mestilah episod dekat dekat nak raya nanti hehehe..  Korang jangan lupa petang ni ok episod pertama!

Bersama Chef Ismail, Kak Malina Png, dan Maktok.
P4077093ed2

Memang raya awal kami. Dihidangkan dengan jamuan hari raya. Puas makan hahaha..
P4077099ed

P4077100ed2

Bersama Ms Munis from Pensonic
P4077102ed

Kesian Chef Ismail, dah penat masih lagi nak layan Kekny ajak dia selfie hehehe.. 
P_20170407_171422_BF

Selfie dengan Ms Munis
P_20170407_171625_BF

Antara persembahan dari artis yang hadir. Ada Fahrin Ahmad, Amber Chia, Kaka dan Azad Jasmin
P_20170407_162517

P_20170407_162446

P_20170407_162450

Haa Maktok finally dapat berjumpa dengan chef idola beliau. Alhamdulillah kebetulah hari tu hari lahir maktok!
P_20170407_171433

Ha ni lah Kekny cakap,Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017 akan bersiaran pada jam 6 petang ni 8 Mei untuk episod 1. Korang juga boleh menang hadiah tau, sebab ada contest Tonton dan Menang. Jadi kalau nak menang barang Pensonic yang awesome tu jangan lupa tonton rancangan ni setiap Ahad ok.

Sup Ikan Siakap

$
0
0
Bila teringin nak menghirup sup tu tapi dah jemu sup ayam. Sup daging pula macam terlalu berat. Jadi sup ikan lah paling sesuai. Kena pulak ikan segar dan lepas siap tu tabur bawang goreng dan daun sup banyak-banyak. Memanggggg sedaaaappp! Yang ada stok ikan siakap, jadilah sup ikan siakap, sedap juga ikan ni dibuat sup. 

P4087116ed

P4087118ed

Resepi Sup Ikan

Bahan-bahan 
1 ekor ikan siakap dipotong jadi kepingan. Boleh pakai ikan merah, jenahak dan sebagainya
2 biji kentang dipotong dadu besar
1 biji lobak merah dipotong dadu
5 ulas bawang putih dihiris
1 ulas bawang besar, dihiris
2 inci halia dihiris
1 bungkus rempah sup ikan - saya pakai rempah sup ikan Mak Siti
Daun sup dan daun bawang dipotong
1 sudu besar lada sulah
Air secukupnya
garam secukup rasa

Cara penyediaan

Panaskan sedikit minyak, dan tumis bawang dan halia, kemudian masukkan serbuk rempah yang dicampur air sedikit.

Tumis sehingga wangi kemudian masukkan air secukupnya bersama kentang dan lobak merah. Masukkan juga lada sulah dan garam.

Biar sehingga mendidih dan apabila mendidih masukkan kepingan isi ikan dan kepala ikan. Bair mendidih sekejap sebelum diangkat.

Tabur daun sup dan daun bawang berserta bawang goreng semasa hidang.

Sepetang Bersama Blogger 2017

$
0
0
Mesti ramai tengah bergolek atas katil kat rumah hari ni kan. Bagi yang bercuti enjoy your day. Kekny hari ni kerja jugak lah jugak sebab minggu depan Kekny bercuti. Esok dah nak balik ke Ipoh then from Ipoh Kekny dan DH akan ke KL untuk menghadiri event Sepetang Bersama Blogger 2017 (SBB 2017) pada Sabtu 13 May di Pusat Pelancongan Malaysia MaTIC.


Apakah Sepetang Bersama Blogger ni?

Ianya satu majlis dianjurkan oleh Denaihati untuk para blogger berjumpa, menghadiri workshop, berdiskusi dan kemuncak ialah majlis makan malam dan tema majlis makan malam bagi 2017 ialah Glams!

Korang jika seorang blogger dan bukan blogger jika ingin menghadiri SBB2017 ni boleh je terus daftar kat siniSBB2017. Masih ada tempat lagi rasanya untuk korang sertai.

Untuk hadiri seminar yang menghimpunkan ratusan blogger menjadi impian Kekny sejak aktif berblog. Tahun lepas agak ralat sebab lambat mengetahuinya. Tahun ni alhamdulillah DH pun dapat temankan dan kami sepakat nak join! DH Kekny memang bagi 100% sokongan kepada Kekny sebagai blogger ni sebab dia tahu Kekny memang berblog dengan serius.

Persiapan Ke SBB 2017

Mestilah ada persiapan kan tak sedikit sebanyak kita perlu buat juga. Antaranya active menegur beberapa blogger yang selama ini Kekny cuma follow dia saja di Facebook. Boleh la beramah mesra di SBB nanti dan tak lah kekok sangat. Selain tu akhirnya setelah sekian lama Kekny juga dah print my own blogger name card untuk diedarkan dan bertukar-tukar di SBB nanti. Untuk networking, name card sangat penting supaya orang lain dapat mengingati anda! Dalam satu majlis yang dihadiri ratusan peserta, mana mungkin kita boleh ingat satu persatu kan. Masa ni name card memainkan peranan. Kalau blogger yang dah lama tak update blog tu, kalau nak hadiri SBB  atau apa saja event blogger haruslah activekan balik blog korang supaya nampak updated dan tak bersarang! hehehe.

Korang ada ke SBB 2017? .. kalau ada harap dapatlah tegur Kekny ye!! Kalau yang nak berjumpa Kekny personally Kekny akan berada di KL dari 12 May hingga 14 May. Boleh email nanti dan boleh korang bawa Kekny ke tempat makan best-best yang korang tau! It's on me! Nak minta buat food review pun boleh! hehehe

Memulakan karier sebagai blogger

$
0
0

Memulakan Karier Sebagai Blogger

Menjadi seorang blogger bukan lah mudah. Ada step tertentu yang perlu kita lalui dan langkah memang penuh suka dan duka. Dalam 9 tahun menjadi seorang blogger on and off ni, baru 3 tahun baru baru ni Kekny active dan blog lebih sistematik. Traffic juga semakin menaik dari hari ke sehari



Nak kekalkan momentum berblogging memang sangat susah apalagi kerana tugas seharian sebagai pekerja dan baker part time. Tapi itulah cabarannya. Kekny lebih suka menyahut cabaran. Biar hidup susah tapi ada manis dihujungnya. Bukan semua kerja kita mula akan jadi senang kan. Macam Kekny blog dengan nich cooking dan photography, memang agak susah nak gabungkan keduanya sekali. Perlukan kreativiti dan idea untuk setiap entry.

Sebenarnya, tak susah nak buka sebuah blog ni. Sebab ada banyak panduan dan tutorial yang boleh kita baca dan jadikan rujukan. Tapi apa yang penting ialah mulakan dengan mendapatkandomain sendiri. Bila dah ada domain tu kita lebih bersemangat dan ada dorongan. Korang kalau nak domain ni perlu pilih yang mantap. Selain domain web hosting juga perlu diambil kira. Penggunakan web hosting akan mengoptimumkan blog kita. Jom tengok disini mengenai WEB HOSTING.

Tak dinafikan berblogging boleh dijadikan sumber pendapatan. Tapi perlu belajar cara dan teknik yang betul dalam menjana wang dari blog. Traffik mestilah mantap. untuk mendapatkan traffik yang mantap, update blog perlulah lebih kerapsupaya pembaca akan kerap datang singgah ke blog kita. Teknik pemasaran yang selalu blogger gunakan ialah dengan cara buat review dan banner. Perlu lah bijak samada nak guna salah satu atau keduanya. Dalam pada tu kena seiringkan pengiklanan dan isi kandungan blog agar pembaca tak lari!

Teknik berblogging sebagai sumber pendapatan haruslah dilakukan secara betul. Kita mesti elakkan lakukan kesilapan berblog yang kadangkala membuat blog kita terabai dan seterusnya mengurangkan jumlah traffik yang masuk. Banyak kesilapan yang selalu kita lakukan tanpa sengaja yang menjejaskan blog itu sendiri.

Sedikit sebanyak tips untuk korang yang nak mulakan blog. Alhamdulillah blog Eny Abdullah sekarang berada pada tahap memuaskan berbanding dahulu dan diharapakan blog ini lebih dikenali dimasa hadapan.

Ayam Masak Kicap Paling Simple!

$
0
0
Ayam Masak Kicap je pun nak masuk resepi jugak hehehe.. eh jangan kau tak tahu, ada yang tak reti nak masak ayam masak kicap hahaha, yang tahu tu tak pa lah, yang tahu mai Kekny bagi resepi.
P5097302ed 

Ayam masak kicap ni seeloknya ayam digoreng terlebih dahulu 3/4 suku masak atau garing. Tak lah ayam tu keras kejung bila dimasak kicapkan. Tapi kalau nak ayam tu lembut je boleh tambah air lebih sikit supaya kuah berair tu dapat meresap ke dalam ayam. Ini ikut preference masing-masing ye, macam kekny prefer ayam masak kicap yang kering elok kuahnya, bila nak makan dengan nasi panas-panas tu sedap je gaul kuah minyak tu!

Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam dipotong. Gaul garam kunyit dan goreng 3/4 garing
4 sudu besar kicap pekat lemak manis
2 sudu besar sos tiram
3 biji kentang, dipotong baji (wedges) dan goreng garing
1 ulas bawang besar, dipotong tebal
4-5 biji cili padi
Tomato dibelah
Daun sup dan daun bawang dipotong

Bahan kisar
6 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
1-2 inci halia

Cara penyediaan

Panaskan sedikit minyak gorengan ayam tu dan tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan kicap dan sos tiram. Tambah sedikit air.

Masukkan ayam. Masak seketika. Jika nak ayam lembut dan sedikit berkuah, tambah sedikit air. Masukkan bawang besar yang dibelah.

Akhir sekali masukkan kentang goreng, cili padi, tomato, daun sup dan daun bawang.

Cara Supaya Approve Google Adsense

$
0
0
Kekny bukanlah pakar Adsense sangat. Tapi ni hasil dari pembacaan dari website dari luar mengenai Adsense. Website kat Malaysia pun banyak actually kalau nak baca pasai Adsense ni. Boleh ke blog bro Hasrul Hassan - dan baca artikel mengenai Adsense dari beliau.

Entry ni dibuat sebab dapat banyak sangat soalan berkaitan Google Adsense ni. Kekny pun tak pasti nak cerita macam mana atau maybe tak layak nak bagi tips tapi biarla saya berkongsi apa yang saya pelajari dari website luar dan saya cuba praktikkan ke blog saya.

Perlu dingatkan, dalam mendapatkan google adsense, akaun google mestilah berusia 6 bulan keatas. Blog pula harus mempunyai artikel yang mencukupi dengan jumlah teks yang mencukupi. Jadi anda disarankan menulis dan menulis selama beberapa bulan sebelum memohon Google Adsense. 

Cara Supaya Approve Google Adsense

Minimum Post / Artikel

Pastikan ada 30 – 50 atau lebih banyak lagi bagus genuine artikel yang BERKUALITI – ditulis sendiri, tidak dicopy dari mana-mana website dan setiap artikel mestilah lebih banyak TEKS dari GAMBAR.  Kalau banyak entry Wordless Wednesday tu memang agak susah la hahaha.. jadi banyakkan membebel. Tulis la luahan hati ke, maki jiran sebelah ke, ayat jiwang atau cipta sajak ke… asalkan ada pengunnaan text yang banyak disitu.

Niche Blog

Pastikan blog anda ada niche tersendiri semasa memohon. Bukan blog caca merba. Ini kerana senang adsense nak sort iklan nanti untuk blog kita. Kalau sekejap cerita pasai  cara buat macaroon, sekejap cerita gossip liar tempatan ala ala Oh Bulan… hmm susah gak tu… Dah lepas lulus tu boleh la bergossip seperti biasa hehehe

3rd Party Ads atau Affiliate

Remove dulu semua benda tu termasuk banner iklan,  nuffnang (yang ni selalu ok je tapi kalau berkali kali tak approve cuba remove sekejap), affiliate dengan mana-mana website. Remove sementara adsense nak approve.  Tapi jika dah approved pun cuba hadkan iklan dari website lain kerana nanti kena banned pulak. Tapi google akan bagi warning dulu sebelum banned.

Website Presentation

Mestilah layout yang bersih, kemas, organized, handsome, cantik dan lawa… bukan yang ada bunga, burung terbang, bintang berkerlipan, pelangi menyinari, tu semua google tak mau ok.. Yang penting kena template yang ringan dan cepat. 

Custom domain

Google lebih pay attention kepada blogger yang guna custom domain berbayar daripada yang free. Yang ni tak pasti kenapa... mungkin sebab, yang berbayar lebih serius berblog. Mestilah serius kan, sebab kita dah bayar. 

Traffic

Traffic mestilah organic, maksudnya datang dari carian, bukan dari hasil ping atau dari source link facebook dan sebagainya. Jadi mantapkan teknik SEO dulu untuk menarik traffic secara lebih organik. Yang ni memang korang kena join group blogger macam Auto Feed Blog (AfFB) untuk mantapkan teknik SEO. 

Wujudkan Pages 

Contoh antaranya :
About Us - Wajib
Contact Us
Privacy Policy
Disclaimer Policy
Terms of Usage

Maklumat diatas mungkin ada yang tak letak langsung. Cuba letak atau at least letak salah satu. Again, google nak tengok how genuine kita berblog dan menulis dan mestilah ada communication dengan reader.

Daftar Google Analytics

Ini membolehkan google dapat trace visitor dengan lebih mendalam dan detail. Bukan sekadar pageview semata-mata. 


Okay cuba praktikkan tips-tips diatas, nanti Kekny share cara nak naikkan income Adsense pula.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel Cara Approve Google Adsense 




Daging Goreng Pedas Masam Manis

$
0
0
Hari tu kan Kekny plan nak masak masak lodeh dan nasi himpit sekali nasi himpit tu dah ada bubuk bersarang hahaha. Habis plan nak berlodeh. Keluarkan daging terus potong. Ingat nak buat masak kicap sekali kicap pulak habis. Yang ada sos tomato, sos tiram dan sos cili. Pastu Kekny teringat ada sekali pernah makan daging kambing yang dimasak sweet sour memang sedap rasanya. Haa tu yang terhasil Daging Goreng Pedas Masam Manis ni.

P4287243ed

Letak sayur senang buat satu jenis lauk siap ada sayur dah hehehe.. Kekny first time guna timun jepun tu dalam masakan daging, eh sedap la! Lain dari yang lain daging goreng masam manis ni. Selalu tu kalau daging Kekny buat Daging Goreng Kunyit Kelantan Style atau Gulai Kawah je..

P4287254ed

P4287245ed 

Resepi Daging Goreng Pedas Masam Manis


Bahan-bahan 
½ kilo daging lembu dipotong nipis
1 batang lobak merah dipotong
1 batang timun jepun dipotong
1 cawan bunga kobis yang telah dipotong
1 labu bawang besar dipotong tebal
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar pes oren sunquick – ikut lah nak masam macam mana
8 -9 tangkai cili kering dipotong
8 ulas Bawang putih dicincang
1 labu Bawang besar dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
Sedikit minyak

Cara penyediaan :

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris. Masukkan cili kering dan goreng sekejap.

Masukkan sos tomato, sos tiram dan sos cili. Masukkan daging dan tambah air serta pes oren sunquick. Masak sehingga daging lembut. Tambah air jika perlu ye untuk cepatkan proses daging lembut.

Bila daging lembut dan air kering, masukkan bahan sayuran dan bawang besar potong. Masak sehingga sayur agak layu dan boleh la dihidangkan.


Nasi Ayam Pensonic

$
0
0
Haa dah kenapa namanya Nasi Ayam Pensonic hihi sebab Kekny masak nasi ayam kali ni pakai 2 produk Pensonic iaitu Pensonic Multicooker dan Pensonic Air Fryer. Memang senang ada dua ketul Pensonic Kitchen Gadget ni di rumah sebab memudahkan kerja masak memasak selain cepatkan masa memasak. Yang paling penting tu, tak payah nak semak dan kotorkan dapur macam kita masak pakai dapur gas.

Nasi ayam yang lembut, harum dan enak dengan ayam goreng madu yang sedap.. Korang nak belajar ke masak nasi ayam ni? Senang je sebenarnya nak buat nasi ayam. Kalau kita buat sendiri lebih sedap, bersih dan terjamin dari di kedai punya.

P5197357ed

Lengkap dengan sos cili dan kuah kicap serta sup.
P5197354ed

P5197370ed

Inilah 2 produk Pensonic yang Kekny guna untuk buat Nasi Ayam Pensonic ni. Yang putih tu Air Fryer dan yang warna grey tu Multicooker
P_20170519_154553ed

Cara masak Nasi Ayam Menggunakan Pensonic Multicooker

Sebenarnya lebih senang memasak nasi bertumis seperti nasi ayam, nasi tomato atau nasi minyak menggunakan multicooker berbanding menggunakan rice cooker atau dapur gas. Kalau dapur gas, nasi selalu kurang masak, adakalanya hangit dibahagian bawahnya. Kalau rice cooker pula nasi kadang kala terlalu lembik dan tidak rata bahan-bahanya.

Multicooker ni juga senang dibawa kemana saja. Kalau pergi travel, senang angkut sahaja sebiji periuk ni. Tak perlu nak makan diluar boleh masak di hotel, especially those yang ke overseas, dimana sukar nak cari makanan halal, boleh masak sendiri pakai multicooker. 

Ok jom kita belajar cara masak nasi ayam guna multicooker ni mudah je!

Mula-mula, rebus ayam sehingga masak dan empuk.
P_20170519_143150ed

P_20170519_144904ed

Asingkan air rebusan ayam dan isi ayam. Air rebusan ambil 2 cawan untuk dimasak nasi.
P_20170519_145752ed

Menggunakan Pensonic Multicooker, kit tumis nasi gunakan 1  sudu butter dicairkan..
P_20170519_145904ed

Tumis daun pandan, biji pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis..
P_20170519_150050ed

Masukkan bahan kisar, biar hingga wangi dan garing bahan kisar tu.
P_20170519_150201ed

Masukkan beras yang telah dicuci bersih. Kacau rata.
P_20170519_150526ed

Masukkan air (2 pot air rebusan  + 1 1/2 pot air biasa),  Masukkan juga daun sup
P_20170519_150831ed


Biar sehingga air kering macam ni.barulah ditutup.
P_20170519_151856ed

P_20170519_151912ed

Ni nasi yang dan masak. Elok je masak dengan Multicooker ni. Nasi lembut dan lebih sedap. Tak hangit dan berkerak!
P_20170519_153539ed

Cara buat Ayam Goreng Madu Menggunakan Pensonic Air Fryer

Dah tu untuk ayam goreng madu pula kita guna Pensonic Air Fryer je. Tak payah nak goreng dalam minyak ni. Sangat tidak sihat dan renyah nak cuci kuali semua. 

Ayam yang direbus tadi, digaul dengan perapan bawang putih ditumbuk, kicap manis, madu dan minyak bijan. Gaul rata

P_20170519_151503ed

Susun dalam Pensonic Air Fryer
P_20170519_153903ed

Nampak tombol tu, itu tombol setting masa, set kan kepada 20 minit, atas tombol tu ialah pelaras suhu, laraskan sehingga suhu 180C. Biar masak dalam Air Fryer sehingga warna ayam bertukar perang gelap. Ayam rebus tu dah masak sebab sudah direbus,  kita cuma nak garingkan bahagian luar. 


P_20170519_155317ed

Selepas dipotong, ayamnya rangup di luar dan lembut dan juicy didalam. Boleh hidangkan dengan nasi ayam kita tadi.
P_20170519_155641ed

Ok jom tengok resepi penuh ye... 

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan :
1 ekor ayam, dipotong 4 (direbus sehingga lembut bersama halia, bawag besar)
2 1/2 cup beras
3 1/2 cup air ( tambah 2 cup air rebusan ayam)
2 inci hali dipotong nipis
1 ulas bawang besar
1 kiub ayam
1 sudu besar butter

Bahan tumis
3 helai daun pandan, simpul
3 buah pelaga
3 bunga lawang

Bahan kisar tumis
2 inci halia
1 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih

Bahan perapan ayam (gaul bersama ayam rebus dan perap sekejap)
4 ulas bawang putih ditumbuk
3 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar madu


Cara Penyediaan Nasi Ayam


Ayam yang direbus asingkan sup dan isinya. Ambil 2 cawan sup untuk masak nasi

Tumis bahan tumis sehingga wangi, Masukkan bahan kisar tumis, Biar sehingga wangi.

Masukkan pula beras yang dah dicuci dan gaul rata. Masukkan air ( 2cawan air rebusan + 1 1/2 cawan air biasa ). Masukkan juga daun sup.

Rendahkan suhu multicooker menjadi sederhana dan biar sehingga air menjadi kering. Selepas kering barulah tutup dan biar nasi masak sepenuhnya pada suhu rendah. 

Cara Penyediaan Ayam Madu

Ayam yang direbus digaul bersama bahan perapan ayam 

Masukkan ayam dalam Pensonic Air Fryer dan masak sehingga bahagian luar garing. Boleh juga goreng didalam minyak biasa sehingga garing diluarnya.


Sup Nasi Ayam

Baki lebihan rebusan ayam, dipanaskan dan masukkan sedikit serbuk rempah sup dan garam secukupnya. 

Sambal Cili Nasi Ayam

6 biji cili merah
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
sedikit air

Kisar kesemuanya sehingga halus. Dan bolehla dihidangkan bersama nasi ayam


Kicap Nasi Ayam

1 cawan air sup ayam dicampur dengan 1/2 cawan kicap pekat. Panaskan atas api dan tuang sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Boleh tambah minyak bijan jika suka.

Eh korang tak nak beli ke produk Pensonic ni.. jom tengok page Pensonic Malaysia.. ada contest dan boleh menang hadiah.. mana tau dapat Air Fryer dan Multicooker, boleh korang masak macam Kekny hehehe.!

Blogger Hebat Di Sepetang Bersama Blogger 2017

$
0
0
Haa hari tu kan Kekny bagitau nak hadiri Sepetang Bersama Blogger SBB anjuran Denaihati bagi tahun 2017. Akhirnya impian Kekny selama bertahun nak menghadiri event ni tercapai. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Event ni merupakan event terbesar yang Kekny hadiri anjuran Denaihati. Dan paling seronok sekali dapat berjumpa para blogger yang dulunya dikenali sekadar didalam talian (online) kini bersua muka, bertentang mata gitu. Dan Kekny akui, bila dah bertentang mata ni barulah tak segan nak sembang di laman facebook, tinggalkan komen, like dan sebagainya.

Banyak blogger Kekny jumpa tapi tak semua Kekny minta bergambar. Sebab apa? Sebab segan dengan diorang hahaha. Siapalah Kekny ni hehehe.. Yang mana ajak bergambar je Kekny ajak balik selfie hehehe..Cukuplah dah jumpa, insyallah ada lagi SBB tahun depan kita jumpa lagi.

Antara blogger yang sempat berselfie Sepetang Bersama Blogger













Dinner di sebelah malam pula..


DH ni event siang tak nak hadir. Dia hantar Kekny kejap pastu lari balik balik hotel. Alasan dia bukan blogger hahaha.. malam tu nak pi dinner pun jenuh tarik tangan hahaha..

Banyak input yang dapat dari event ni. Antaranya yang issue yang menjadi trending selepas SBB iaitu  Personal Branding, cara dapatkan followers, cara kenal target pembaca dan audience blog kita dan juga belajar isu marketing di blog mengikut segmenya.

Korang next year kalau ada SBB ni harap korang join juga sebab as blogger, rasanya ni lah event paling besar dan meriah diadakan.

Terima kasih kepada tuan Hj Amir, founder dan CEO Denaihati, Team Denaihati Kid dan Haizil yang bertungkus lumus menjayakan event ni. Insyallah panjang umur, ada rezeki Kekny akan join lagi even SBB ni. Harap legasinya dapat diteruskan.

Kacang Goreng Bogel ... Pernah Dengar?

$
0
0

Haa kacang bogel namanya macam agak pelik kan  hahaha.. tapi mungkin ada segelintir dah tahu, ianya adalah Naked Nuts yang dijual oleh Cikgu Wan Sukeriyang juga admin Group Resepi Otai di facebook. 

Naked Nuts, kacang shandong tanpa kulit pedas berperisa ni idea dan inspirasi juga resepi istimewa air tangan Cikgu Wan kita ni.  Kau yang perempuan kalau nak add cikgu wan di facebook beliau kalau kena tahan laser mulut dia dan confirm rasa rendah diri dengan kepakaran masak beliau yang lebih terer dari kita perempuan ni hahahah.. 

kekny dah rasa Naked Nuts ni. Hari tu sebelum puasa kebetulan nak ke Ipoh, singgah di SP sebab dah order 2 balang naked nuts dari cikgu. Setengah balang habis atas kereta saja. Dah suap sekali tu, terus berkali kali suap tanpa henti hahaaha.. 
P5167316

Kacangnya digoreng pada suhu yang bersesuaian memang orang Kedah kata, tak makan minyak, maksudnya tak serap minyak dan bila makan tu tak la berlemoih tangan. Haaa bukan macam sesetangah kacang pedas jenuh berlemoih tangan tu, dengan minyak dia lagi. Yang Naked Nuts Cikgu Wan ni memang kering ja dan yang penting perisa tu meresap terus dalam kacang. Terasa sempurna garam, cili dan bawangnya. 

P5167329ed

Raya ni kalau nak ada Naked Nuts atas meja, cepat-cepatlah hubungi Cikgu Wan untuk order. Kena order awal no sebab Cikgu Wan sendiri yang goreng kacang ni. Memang 100 peratus produk homemade. Kekny memang prefer produk homemade macam ni sebab terjamin kebersihan dan kualiti. 

P5167327ed

Selain Naked Nuts ada juga produk lain yang Cikgu Wan jual.  Korang pilih je nak yang mana!




Untuk tempahan boleh whastapp 0124530315 LINK WHATSAPP
Atau ke facebook beliau MAESTRO ATEH WAN


Bubur Caca Dan Labu

$
0
0
Haaa dah masuk hari ke 8  Ramadan dah. Sekejap jemasa berlalu. Masak apa korang? Di bulan puasa kalau tengahari macam ni mesti kepala suri rumah atau wanita akan ligat pikir apalah nak dimasak petang ni sebagai juadah berbuka. Dari menu lauk pauk, kuih muih dan pencuci mulut sampai lah jenis air.. boleh pening kepala dibuatnya kadang-kadang. Buntu sebab adakalanya yang kita suka, anak-anak tak suka, suami tak suka kan.. hihi. Pernah dengar ke Bubur Caca dan Labu? Kalau bubur caca tu mesti pernah dengar kan.

bubur caca labu (4)ed

Kekny share resepi bubur Caca bersama labu ni memang sesuai sekali gandingan keduanya. Rasa lemak isi labu tu sesuai digandingkan dengan caca dan kelemakan santan tu. Simple je resepi bubur ni. Kalau tak pernah masak bubur tu boleh la cuba. Bahannya pun simple sahaja.

bubur caca labu (2)ed

bubur caca labu (4)ed2 

BUBUR CACA DAN LABU

Bahan-bahan
1 cawan caca, direbus
1 cawan labu, dipotong kiub dan direbus empuk
2 cawan santan pekat
2 cawan susu sejat
2 helai daun pandan disimpul
½ cawan air - atau lebih jika perlu
3/4  cawan gula pasir - ikut manis ye.

Cara penyediaan

1.Panaskan air dan daun pandan, masukkan gula dan masak sehingga mendidih.

2.Masukkan susu dan kacau rata. Masukkan labu yang telah direbus dan caca yang juga telah direbus lembut. Masak sekejap.

3.Masukkan santan dan masak lagi sehingga mendidih sambil dikacau. Sedia dihidangkan

Cubalah resepi bubur caca dan labu ni, tak cuba tak tahu rasa dia macam mana kan!

CHEESY BEEF BAKED PASTA

$
0
0
Nak masak hidangan ringkas yang mengenyangkan tak susah mana pun. Kadangkala kalau nak masak nasi tu jenuh juga la dengan lauk mesti ada sayur, sup atau kuah kari atau masak lemak dan sebagainya. Jika disuruh memasak hidangan mudah dan ringkas, Kekny mesti pilih untuk masak pasta je. Pasta ni buat je apa pun memang versatil, boleh letak sayuran sekali untuk seimbangkan nutrisi terutamanya bila nak bagi anak-anak makan. Boleh pelabagaikan dengan ayam, daging, sosej atau seafood. Macam hidangan Cheesy Beef Baked Pasta ni... memang sesuai kalau buat untuk bekal anak ke sekolah atau hidangan di rumah. 


Kalau yang mana suka pedas, korang boleh tambah pes cili, pes lebihan sambal tumis atau letak je cili potong dalam tu.. memang bertambah sedapnya.. Klik untuk RESEPI MACARONI CILI PADI dan  RESEPI PASTA BOLOGNESE

P8256181bred

Boleh je bakar dalam mangkuk comel atau mangkuk kecik. Kalau nak guna acuan muffin pun boleh. Nak guna acuan tin kek tu pun boleh je :D. Oklah jom tengok resepi simple ni..

P8256176bred


CHEESY BEEF BAKED PASTA

Bahan-bahan
100gm pasta penne, direbus - Boleh guna sebarang pasta jenis pendek
300 gm daging cincang
½ cawan parutan keju cheddar
½ cawan parutan keju mozarella
1/2 cawan tomato puri
1 biji tomato, dipotong dadu
4 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang besar dicincang dadu
¼ cawan minyak zaitun untuk menumis
1 sudu besar oregano kering
Garam secukup rasa

Cara penyediaan

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Masukkan daging cincang. Masak seketika sehingga daging garing.

2.Masukkan tomato puri, tomato cincang, dan oregano kering. Masak sehingga pekat dan kering airnya. Tutup api.

3.Dalam mangkuk pembakar, sapukan gris mentega. Masukkan sos daging, lapiskan dengan penne dan kemudian tabur keju. Buat selapis demi selapis sehingga penuh mangkuk. Tabur lebihan keju mozzarella diatasnya

4.Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Sedia dihidangkan

Cheesy Beef  Baked Pasta ni sedap dimakan panas panas sejurus selepas dibakar. Nyums!


KEBAB DAGING BURGER

$
0
0
Mesti ramai penggemar kebab kan. Kalau bualan puasa ni sebiji kebab mencecah harga RM6 sebiji. Memang mahal dan bagi yang berkeluarga besar tu memang agak terbeban nak beli kan. Sebenarnya kalau dihitung kos buat sendiri jauh lebih murah dari kos kita beli. Selain tu kebersihan pun terjamin. Macam Kekny selalu buat sendiri je, Kebab Daging Burger. Kekny cuma pakai kepingan daging burger sahaja dalam resepi kebab ni. Kalau korang nak pakai daging lembu yang dihiris nipis atau pun daging cincang pun boleh terpulang citarasa masing-masing. kalau pakai daging burger ni selain cepat dimasak, nak buat pun mudah dan kos lebih murah jugak. 


Kekny dan beberapa kali buat kebab menggunakan daging burger ni. Boleh klik RESEPI KEBAB SIMPLE. Memang rasa dia cukup sedap. Kali ni Kekny tambah sedikit rempah ratus bagi menaikkan lagi rasa kebab sebenar. 

P8143981bred 

RESEPI KEBAB DAGING BURGER

Bahan-bahan
8 keping daging burger, dipotong dadu
4 keping roti pita, dipotong  dua menjadi 2 bahagian
1 ulas bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji capsicum, dipotong dadu
2 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil chilli flakes
2 sudu besar mayonis
4 helai daun salad segar
1 biji timun dipotong nipis
1 sudu besar minyak

Cara penyediaan

1.Panaskan 1 sudu besar minyak dan tumis bawang putih. Masukkan daging burger yang dipotong dan goreng sehingga garing

2.Masukkan bawang besar dan capsicum. Goreng sebentar

3.Masukkan sos cili dan sos tiram berserta serbuk jintan, ketumbar, lada hitam dan chilli flakes. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Masak sehingga kuah kering semula dan pekat.

4.Belah roti pita ditengahnya membentuk poket, sapu dengan sedikit mayonis.

5.Masukkan inti kebab kedalam roti pita, dan susun daun salad dan timun. Sedia dihidangkan.

Jom cuba resepi Kebab Daging Burger ni, tak payah beli lagi!


APAM NASI YANG MUDAH JE

$
0
0
Ramai yang katanya selalu gagal buat apam terutama apam beras yang perlu menggunakan kisaran beras yang ditapai. Dengar pun dah pening baik beli je kan hehehe.. Tapi pernah dengar apam nasi? Apam nasi yang mudah je cara nak buatnya.

Sebenarnya ada cara nak buat apam cara mudah iaitu menggunakan nasi. Resepi pun mudah dan Insyallah menjadi. Jom tengok resepi mudah ni.


RESEPI APAM NASI


Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir - Kekny pakai 1/2 cawan je
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast - Pakai jenama Mauripan
Pewarna pink atau mengikut kesukaan
Kelapa parut putih secukupnya dan digaul garam - biar terasa sikit garam tu baru sedap

Cara Penyediaan

Nasi dikisar bersama air dan gula sehingga halus.

Dalam mangkuk, satukan tepng gandum, tepung beras dan yeast serbuk. Kacau rata.

Tuang nasi yang dikisar tadi dan gaul rata. Perap selama 3 jam

Bila nak kukus panaskan periuk pengukus. Kekny guna acuan lompang yang disapukan sedikit minyak.

Satu adunan letak pewarna, satu lagi biar putih. Nak buat warna putih semua atau buat satu warna ke 3 ke 4 warna pun boleh je.

Masukkan apam dalam acuan. Jika nak campur warna, masuk adunan tu berselang seli ye.

Kukus selama 15 minit atau sehingga apam masak - kering bahagian dasar nya apabila dikeluarkan dari acuan.

Gaul dengan kelapa parut dan boleh dihidangkan.

Nak dapatkan apam nasi yang cantik, tudung periuk kukus balut dengan tuala supaya apam tak timpa air diaatsnya.


RESEPI NASI DAGANG

$
0
0
Nasi Dagang ialah makanan tradisi orang pantai timur di Kelantan dan Terengganu. Dulu Kekny ingat nasi dagang ni cuma berasal dari Kelantan, rupanya ianya juga ialah masakan tradisi orang Terengganu. Kira macam laksa penang dan laksa kedah la, berlainan rupa dan bahan, tapi orang utara sukakanya hehehe. Sebenarnya agak takut nak buat resepi yang tak pernah kita masak apa lagi makan. Rasanya baru

KUIH BURGER SARDIN

$
0
0
Kuih Burger Sardin ni atau Burger Malaysia berintikan sardin memang menjadi kegemaran Kekny sejak dari kecil. Dulu maktok pernah berniaga kuih ni selain cucur badak. Masih terasa kesedapan dan kelembutan burger sardin maktok apa lagi jika dimakan selepas ianya digoreng panas-panas. Memang tak cukup 3 biji! Kalau dulu kekny panggil Donut Sambal, Donut Sardin.. tapi jangan tak tahu ada yang

JELITA DENGAN MEK VIEW INTERNATIONAL TWO WAY CAKE FOUNDATION DAN IVY SOOTHING SERUM

$
0
0
Kalau nak raya ni, bagi perempuan selain baju dan tudung, make up juga memainkan peranan penting tau. Baru ni Kekny dah kehabisan compact powder yang selalu Kekny pakai jadi Kekny teruja pula nak cuba compact powder baru yang Kekny terima ni. Ianya bukan sekadar compact powder semata-mata, tetapi ianya ialah Two Way Cake Foundation, yang juga boleh dijadikan foundation jugak. Produk keluaran

MIXED FRUITS OAT COOKIES

$
0
0
Korang dah mula buat kuih raya ke? Kekny baru je 3 hari lepas. Ingat nak buat biskut raya yang simple je tahun ni disamping habiskan bahan-bahan baking yang dah lama dalam peti ais tu. Contohnya buah campuran ada satu plastik dalam peti ais, ingat nak dibuat kek buah tapi tak juga jadi jadi hehehe. jadi Kekny olah resepi biskut oat menjadi biskut buah campuran oat atau Mixed Fruits Oat Cookies.
Viewing all 648 articles
Browse latest View live