Quantcast
Channel: EnyAbdullah.Com
Viewing all 648 articles
Browse latest View live
↧

Nak kemana mesti bawa Biobax

$
0
0
Dah 3 bulan pakai Biobax ni, memang dah hilang lenguh dan sakit bahagian belakang dan bahu.. Seronok sangat bila ada produk berkesan yang membantu macam ni...


Mesti ada dalam handbag selalu... senang nak guna ambil je. Kadang sakit belakang sengal bahu ni bukan nak tunggu jadi masa kat rumah...

Ok bagi yang nak cuba Biodex ni boleh dapatkan info disini…
Biobax Cool Therapy
 #biobaxcooltherapy

↧

Cucuq Jagung Ikan Bilis

$
0
0
Hai semua.. dah plan ke nak masak apa berbuka nanti? Jom jom tengok Kekny punya resepi cucuq jagung ni kot korang semua nak try ...

Ni resepi dikala taktau nak masak apa untuk breakfast atau minum petang, ambil tepung, ikan bilis dan bawang, cili sikit dan gaul sekali, jadilah orang kedah panggil cucuq ikan bilis atau ditempat lain ada panggil jemput-jemput atau cekodok. Makan panas-panas lepas goreng memang sedap! Saya kadang suka buat manis-manis pedas, letak lah gula sikit, jadi nak makan tu tak payah dah nak cicah sos cili bagai, makan macam tu pun dah sedap. Cucuq ikan bilis ni boleh digandingkan dengan bahan lain, macam taugeh, kucai, daun bawang, atau macam saya pakai kali ni, isi jagung. Kebetulan jagung murah sekarang. Letak banyak-banyak dalam tu sedapnyaaaa... kalau nak buat cucuq manis pun boleh juga, ikan bilis, bawang dan cili tu tak payah la letak, lebihkan gula sedikit dan ada setengah masukkan sedikit santan atau susu.

Jom lah tengok resepi yang cukup mudah nak buat ni. Petuan nak lembutkan cucuq, lepas bancuh semua peram sekejap adunan selama sejam atau lebih, barulah digoreng. Peram tu maksudnya biarkan je adunan tu dalam bekas bertutup.  Bila nak goreng, pastikan minyak betul panas, bila masuk tu terus kembang naik.

P5152103ed
P5152105ed

Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis

Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 cawan air (lebih kurang, jangan masuk semua sekaligus, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan, kalau pekat boleh tambah lagi)
1/2 cawan ikan bilis tanpa kepa ditumbuk separuh hancur
1 cawan isi jagung mentah
1 sudu besar cili kisar - cili merah atau cili kering pun boleh, jika tak nak kisar boleh potong halus.
1 ulas bawang besar - dipotong dadu kecil
1 sudu kecil baking powder
Sedikit gula (saya suka bagi manis sedikit)
Sedikit garam secukup rasa


Cara-cara :
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng
Sudukan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga berwarna perang
Hidangkan dengan sos cili atau dimakan begitu sahaja

↧
↧

Daging Goreng Pedas Korea

$
0
0
Ni sejak menonton Home Food Rescue kat channel Korea terus teringin sangat nak cuba resepi yang Chef Baek  Jong Won bagi. Kalau yang menonton tu tau lah hehehe...

Apa pun resepi ni sangat simple dan senang nak buat. Perap dan goreng je dengan sayur. Boleh letak sayur apa pun yang sesuai.

P5202147ed

Sedap dimakan dengan nasi panas yang baru masak dan lembut... Hidangan ni  lengkap dengan sumber proten dari daging dan serat dan vitamin dari sayur. Jadi ianya ialah satu hidangan lengkap. Yang mana bujang atau nak masak sesuatu yang cepat boleh  cubalah ye..


Daging Goreng Pedas Korea

Bahan-bahan
800 - 1000 gm daging , dihiris sederhana tebal
2 pokok daun bawang dipotong memanjang
1/3 kobis, dipotong
2 ulas bawang besar, dibelah 8
4 biji cili hijau, dipotong
1-2 sudu besar bijan
Minyak untuk menumis

Bahan Perap
2-3 sudu besar serbuk cili - kalau nak pedas boleh tambah lagi
3 sudu besar gula perang - atau gula biasa pun boleh
4 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar halia yang diparut
1/3 cawan kicap cair
2 sudu besar sos tiram - saya tambah

Cara penyediaan
Perap daging dengan bahan perap selama lebih kurang satu jam atau lebih

Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap. Goreng seketika. Masukkan sedikit air jika perlu untuk mempercepatkan proses melembutkan daging

Apabila daging empuk, boleh masukkan kobis dan bawang besar. Masukkan garam jika perlu.. Masak lagi seketika hingga kobis empuk.

Hidangkan dengan nasi panas.

Masukkan daun bawang, cili hijau dan bijan. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan
↧

Kek Buttercheese Paddle Pop

$
0
0
Kek buttercheese ni memang menjadi kegilaan customer saya.... sedap sungguh kata depa. Yelah gabungan butter dan cheese diadun dalam kek, walau simple tetap rasanya terpikat. Kek sebegini dah tak perlu krim dan topping. Tapi jika diletak warna pelangi ni memang ramai pulak yang terliur hehehe... Terpulang nak warna asal atau letak warna tetap sedap. Kalau letak warna ni sesuailah buat juadah atas meja atau parti budak-budak kan... Sesuai untuk hidangan raya nanti ...

P5192121ed
Ini letak warna pelangi macam ais krim paddle pop hehehe... memang memikat selera anak anak... Tapi disyorkan guna pewarna yang sedikit mahal harganya sebab yang jenis murah takut merbahaya kepada anak-anak...
P5192113ed
P5192132ed
P5192129ed


Kek Butter Cheese Pelangi

Bahan-bahan :
Untuk acuan 4 segi size atau bulat  9 inci
170 gm mentega - saya pakai SCS
135 gm krim keju - saya pakai jenama Tartura
220 gm gula kastor
5 biji telur
210 gm tepung naik sendiri diayak
1 sudu teh vanila  esen
1/2 sudu teh garam
Pewarna pink, hijau epal, biru dan kuning

Cara penyediaan
Acuan digris dengan mentega dan lapik kertas pengalas kek
Panaskan oven pada suhu 160C atau jika oven jenis tiada kipas, suhu 170C api atas dan bawah

Campur mentega dan krim keju dalam mangkuk pemutar. Putar sehingga sedikit ringan dan kembang

Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar. Putar sehingga betul-betul kembang dan warna butter menjadi putih pucat

Masukkan esen vanila dan garam serta sebiji telur. Putar lagi selama seminit. Masukkan lagi sebiji dan putar lagi selama seminit. Ulang sehingga habis semua telur. Sambung putar lagi sehingga adunan ringan dan gebu.

Perlahankan speed pemutar dan masukkan tepung. Putar sekejap sehingga sebati

Sediakan 4 mangkuk sederhana, masukkan adunan dalam setiap mangkuk sama banyak, dan titiskan pewarna bagi setiap mangkuk dan kacau rata sehingga warna sebati.

Mulakan dengan 2 sudu besar adunan bagi setiap warna semasa membuat belang kek, kemudian diakhiri dengan satu sudu adunan bagi setiap warna dan lapis demi selapis warna tu sehingga adunan habis, lorekkan dalam acuan pakai pisau supaya warna sedikit bercampur

Masukkan kedalam oven dan bakar selama 25-30 minit sehingga cake tester atau pisau dicucuk bersih.

Keluarkan dari oven, guna pisau dan renggangkan bahagian tepi kek dari acuan

Terus telangkupkan acuan atas redai dan tarik acuan keluar. Keluarkan kertas pengalas dan biarkan kek sejuk seketika sebelum diterbalikkan semula.
↧

Resepi Nasi Ayam Hainan

$
0
0
Nasi Ayam Hainan ni memang favourite satu keluarga... semua sukakan nasi ayam versi ni yang lebih lembut tekstur nasinya dan ayamnya.


Nasi Ayam Hainan Atau Nasi Ayam Ipoh

Ada yang panggil Nasi Ayam Ipoh, tak tahu lah nama betulnya apa, tetapi ikut originality nasi ayam ni ialah dari kaum cina Hainan. Dan selalunya nasi ayam tu dibentuk bebola sama ada kecil atau besar. Nak makan sendiri ni tak buat bentuk bebola pun takpe..

P6102342ed

Macam biasa ada sos cili, kuah kicap dan sup... Nasi pula penuh aroma sebab ditumis dengan bawang putih, halia dan menggunakan air rebusan ayam. Kalau nak pakai stok ayam segera pun boleh je, tapi saya menggunakan air rebusan ayamsepenuhnya. 

P6102334ed 

Cuma saya amat menggemari tekstur ayam rebus yang cukup sedap ni.. walaupun sekadar rebus tetapi bukanlah ayam rebus biasa ye. Ayam seekor perlu direbus kemudian direndam ais, berulang kali sehingga ayam masak didalamnya. Adalah jugak dalam 4-5 kali keluarkan ayam tu dari periuk panas, masuk dalam air ais sejuk sekejap, kemudian sambung rebus balik. Tapi kalau rasa malas nak buat, boleh je rebus sekali sehingga masak ayam tu dan apabila cukup masak, terus masuk dalam air ais sejuk (yang ada ketulan ais dan biarkan terendam sehingga ayam sejuk. Hasilnya beginilah, isi ayam halus dan mulus, berlapis lapis isinya seperti ada gel, disamping juicy dan lembut.

P6102324ed

Resepi Nasi Ayam Hainan

Penyediaan Ayam Celur / Rebus

Bahan-bahan 
1 ekor ayam belum dipotong - dibersihkan luar dan dalam. Ambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit lebih flawless supaya kulit ayam lebih cantik, ni petua orang cina katanya :D
Air secukupnya
2-3 inci Halia - dipotong
1 pokok Daun bawang - dipotong
2 ulas Bawang besar - dibelah
5 ulas Bawang putih - dibelah
1 sup bunjut

Bahan sos minyak bijan
3-4 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil kicap cair masin
1/3 cawan air
Garam
Lada sulah

Digaulkan sekali dan dicurah atas ayam rebus yang telah dipotong semasa menghidang


Cara :
Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika.
Bila mendidih, masukkan ayam. masak seketika selama 15 minit. Kemudian angkat ayam dan masukkan ayam dalam air berais seketika. Kemudian rebus balik ayam tadi. Ulang sebanyak 3-4 kali proses rebus dan rendam air ais tu. Saya cuma buat 3 kali je. Lepas tu saya rebus ayam tu sampai masak. Last sekali bila ayam dh masak angkat dan rendam terus biar dalam air ais. Teknik ni supaya isi ayam lembut dan tak overcooked. Ianya juga membentuk lapisan lemak yang juicy didalam daging ayam tu.

Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap

Recently Updated1
Resepi Nasi Ayam 

Bahan-bahan :
4 pot beras
6 cawan air rebusan ayam (ni ikut beras apa kita guna k sebab kadang-kadang tak sama jenis lain sukatan air dia) Saya suka nasi ayam saya ni lembik sedikit dan tak berderai.
2 kiub ayam (jika suka boleh tambah) - saya tak guna
1/3 cawan minyak untuk menumis
Daun pandan - disimpul
1 bunga lawang
2-3 biji buah pelaga

Bahan kisar :
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara :

Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam. Biar mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.



Sos Cili

Bahan -bahan :
6 biji cili merah - dibelah dan buang bijinya
2 inci halia
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit air rebusan ayam yang panas - sekadar nak gerakkan mesin pengisar

Cara :

Kisar semua bahan dengan sedikit air rebusan ayam sehingga halus. Tambah garam dan gula jika perlu. Biasanya sedikit manis


Sos Kicap

Bahan-bahan :
Sedikit air rebusan sup
kicap secukupnya
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak bijan

Cara :

Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan (selalunya sedikit cair) tu. Siap.!

Sup
Air rebusan dipanaskan, tambah air jika terlalu pekat, dan masukkan lada sulah dan tambah garam jika perlu. Tabur daun sup dan siap.

↧
↧

Bila Mengandung Mula lah sakit belakang!

$
0
0
Hai semua, 

Hari tu kita cerita pasai Biobax di Sini dan Sini.... actually biobax ni bukan untuk orang yang ada sakit belakang sebab letih berkerja tapi ianya sesuai untuk ibu mengandung... Kalau mengandung biasalah perubahan fizikal yang mendadak akan bagi kesan kepada tulang belakang, badan rasa lenguh, nak tampung berat baby lagi kan... haa sebab tu disyorkan guna Biobax ni... 





Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray with Eucalyptus Oil,  Habbatussauda and Olive Oil. Biobax Cool Theraphy membantu melegakan kesakitan dengan cepat.

Kandungan Biobax Cool Theraphy adalah :-
- Eucalyptus Oil
- Habbatussauda Oil
- Olive Oil
- Za'faran
- Lemon Grass
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Pappermint
- Menthol Crystal

Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Jadi Biobax Cool Theraphy sesuai untuk ibu mengandung dan ibu berpantang.
Kegunaan Biobax Cool Theraphy
Untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:
- Sakit Belakang
- Ketegangan
- Terseliuh
- Lenguh-lenguh
- Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy boleh melegakan selsema. Spray biobax pada tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau.

Kelebihan Biobax Cool Theraphy
- Melegakan lenguh leher & sendi
- Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
- Tahan sehingga 5 jam
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu melegakan lenguh bahu & leher
- Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang
- Sesuai untuk melegakan selsema & resdung

Kini, Biobax Cool Theraphy adalah teman setia mommy. Biobax wajib ada dalam handbeg semua wanita. Haa apa lagi? Jom lah dapatkan seorang satu atau belikan kepada insan yang tersayang!
Sekiranya berminat boleh whatsapp atau telegram Mommy Irra 013 356 0192

↧

Kek Buah Kukus Lembab

$
0
0
Nak raya ni mesti ramai yang dah mula buat kuih raya sikit-sikit kan... Kalau kek tu mestilah dibakar malam raya barulah sedap nak makan.

Kalau kek buah ni sedap kalau dibuat awal seminggu..lebih lama lebih sedap kek nya. Jadi moist padat dan tak berderai.

P4081693ed
P4081598ed
P4081635ed
P4081634ed
P4081686ed2


Resepi Kek Buah Campuran

Bahan-bahan :
250g butter - saya pakai SCS
350g gula pasir - saya pakai 280gm
60ml air panas - saya kurangkan sikit sebab gula pun dah kurangkan
500g buah-buahan campuran - saya pakai mixed fruits, kismis hitam dan halwa kulit limau
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
1/2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan :

Mixed fruit bersihkan dengan air untuk hilangkan manis. Kemudian letak atas tuala bersih dan keringkan. Boleh sediakan awal sehari supaya bertul-betul kering

Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter dan kacau sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.

Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

Gris dan alas loyang 8 x 8 atau 9 x 9 dengan kertas baking. Tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.

Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. Saya kukus selama 2 jam setengah je, kemudian biarkan selama 2-3 hari dibawah tudung saji.

Nak lebih moist, cucuk permukaan kek dengan lidi satay, kemudian sudukan sedikit sedikit jus oren (atau jus sunquick) kedalam lubang tu.. buat 2-3 kali dan biarkan kek sebati dengan jus sebelum dipotong.. memang sedap rasanya...


↧

Dah Jumpa Cara Nak Cerahkan Kulit!!

$
0
0
Hai semua,

Saya sekarang ni memang rajin ke site, ditambah pula dengan musim panas hari tu, kulit habis jadi gelap, kusam dan tak berseri. Jenuhla nak raya dah ni, sempat ke nak putihkan kulit balik?

Sebenarnya kita boleh kembalikan kecerahan kulit tu dengan rangkaian produk penjagaan kulit dari Nanowhite  ni. Kenalah pakai satu set. Ini set NanoWhite terdiri daripada Pencuci Muka NanoWhite Snow Wash, Losyen Pelembab NanoWhite Moisturizing Lotion dan Krim Gel Pencerah NanoWhite Double Action Whitening Gel Cream


Ini produk terbaru dari NanoWhite iaitu Nano White Double Action Whitening Gel Cream. Krim pencerah yang sangat bagus untuk merawat kulit kita yang sekarang terdedah kepada pencemaran, habuk dan debu serta cuaca panas yang melampau. Formulasi double action yang bertindak dua kali ganda memang mempercepatkan kecerahan kulit saya. Apa yang penting ianya antioxidant, yang berupaya untuk melawan radikal di kulit dan bila kulit bebas radikal kulit akan menjadi cerah dan berseri dan bebas kusam. Sel kulit juga akan diperbaiki dan kulit lebih halus dan mulus.


Pencuci muka NanoWhite Snow Wash ini pula memang mencuci bersih semua kotoran dan debu dimuka. Sejuk je masa pakai tu, dan bila bilas kulit rasa segar dan tegang, muka nampak bersih dari kotoran dan berseri!


Lepas tu sapu dan tepuk perlahan-lahan pula losyen pelembab Nano White Moisturizing Lotion pada wajah. Tak seperti losyen biasa, losyen ini ringan dan cepat menyerap kedalam kulit. Ianya membantu memudarkan bintik-bintik hitam dan  menambahkan kelembapan kulit selama 72 jam!

Lepas sapu rasa kulit muka licin, lebih cerah, lembab dan segar...

Dan yang paling penting, Double Action Whitening Cream ni. Krim gel pencerah muka ni juga tak tak melekit dan ringan apabila disapu dimuka…

Krim in mengandungi contrated essence, vitamin C dan E yang memberikan kecerahan maksimum.
Nampak tona kulit saya dah semakin sekata dan berseri je...


Ni gambar selepas beberapa hari menggunakan NanoWhite Skin Care. Seronok betul sebab kulit dah kembali kepada kecerahan asal, tak kusam dan semakin berseri. Lepas ni memang tak akan tukar skincare lain lah hehehe..


Untuk maklumat semua, rangkaian produk penjagaan kulit NanoWhite ni boleh dibeli pada harga yang mampu milik... jadi boleh jimat tau!

NanoWhite Snow Wash 100gm RM 16.85
NanoWhite Moisturizing Lotion 100ml RM 29.90
NanoWhite Double Action Whitening Gel Cream 40g RM 39.90

Paling best kalau kita beli produk NanoWhite di Guardian, kita berpeluang menyertai Peraduan Guardian NanoWhite Raya Contest. Mudah je nak sertai sebab pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang paling kreatif. Make sure dah beli tu simpan je resit sebagai bukti pembelian. Klik gambar dibawah yee...


↧

Masak Asam Laksa Untuk Open House

$
0
0
Mesti ramai sekarang ni tengah fikir resepi apa nak masak untuk buat open house kan... hehehe open house ni bagi saya tak perlu membazir masak banyak-banyak, cukuplah sekadar 2 jenis kemudian selang seli dengan kuih dan kek juga kudapan macam kerepek dan muruku.. Masak banyak-banyak pum tak sempat orang nak makan hehehe..

Korang takda idea nak masak apa untuk open house, masak je laksa ni. Senang dan mudah. Apa yang mudahnya, kuah laksa boleh disediakan sehari awal, kerana kuah laksa ni kalau masak awal, esoknya baru hidang, lebih sedap sebab kuahnya lebih sebati dan jadi pekat. Laksa juga boleh dicelur awal. Jadi bila hari open house, tinggal nak panaskan dan potong ulam je..  Resepi boleh rujuk RESEPI ASAM LAKSA

Boleh juga tengok resepi laksa yang lain yang Kekny masak...
RESEPI LAKSA KEDAH ASLI
RESEPI LAKSA LEMAK IKAN SEKOR
RESEPI LAKSA LEMAK UTARA ATAU LAKSA SIAM

Trademark asam laksa kena ada nenas,  daun salad, bawang, kuah kemerahan sikit dan kena ada otak udang. Kalau tak suka otak udang boleh gantikan dengan kicap pekat manis pun boleh hehehe..

P5232176ED 

Dah gaul sebati kuah tu baru ngap, krup krap je rasa masam manis masin... adui sedapnyaaa... 

P5232179ED
↧
↧

Apa Nak Buat Dengan Leftover Ayam Panggang?

$
0
0
Kadang jika ke Tesco atau pasaraya lain, mesti ada promosi ayam panggang siap masak yang dijual murah. Kadangkala nak beli tapi tak tahu nak digandingkan dengan apa ayam tu. Bagi yang ada anak-anak yang suka kan ayam boleh je meratah je kan dicicah sos.

Actually there’s so much we can do dengan seekor ayam panggang siap masak ni. Kebetulan hari ni saya ada leftover ayam panggang ni. Seekor ni saiz kecil RM7. Bahagian peha tu dah hilang kena ngap, tinggal bahagian dada tu ada isi tebal.

P7162555ED

Jadi kita siat-siatkan isinya, potong nipis. Terpulang nak nak macam mana pun.. Kalau terlalu banyak, boleh bahagi-bahagikan ke dalam plastik atau food wrapper dan frozenkan.
P7162571ED

Cara Recycle Lebihan Ayam Panggang

Sandwich Ayam

Isi ayam digaul dengan mayonis atau sos thousand island, perahan lemon, sedikit lada hitam dan garam secukup rasa. Jadilah inti sandwich ayam

Salad Ayam

Jadikan isi ayam sebagai bahan protein dalam salad. Boleh gandingkan dengan pelbagai jenis daun salad dan curahkan saja salad dressing kegemaran

Hidangkan dengan pasta atau kuah pasta

Sangat sesuai dicampurkan dalam kuah pasta atau dimasak bersama pasta. Contohnya Mac & Cheese bersama isi ayam.. sedap!

Nasi Goreng Ayam

Masukkan je kepingan isi ayam panggang kedalam nasi goreng dan gaul sekali. Siap nasi goreng ayam!

Tabur Diatas Mee Segera / Meehoon atau Mee Goreng

Sedap juga kan kalau buat mee segera atau meehoon goreng simple, kemudian tabur je lebihan isi ayam ni.

Popcorn Chicken

Bancuh tepung saduran ayam yang dalam kotak tu, masukkan kepingan isi ayam tu dan goreng sehingga garing. Jadilah popcorn chicken yang rangup!

Tips ni bukan terhad kepada ayam panggang je, tapi boleh juga ayam rebus dari lebihan sup, ayam goreng atau juga ikan atau daging.


↧

Seafood Curry Pasta

$
0
0
Masih tak jemu ke dengan ketupat, rendang dan kuah kacang? hehehe kalau ada yang dah jemu tu boleh la berubah selera sikit. Kalau pasta ni bolognese, carbonara atau sos putih dah biasa sangat kan. Jadi jom cuba masak pasta seafood curry ni. 

pasta kari makanan laut (3)1
Boleh gunakan sebarang jenis pasta ye. Saya pakai Penne pasta. Pasta ni rebus kejap je dah lembut dan saiznya besar-besar, makan sedikit pun dah kenyang. Seafood pun boleh dipelbagaikan dengan kepah, kupang atau lala. Juga boleh digantikan dengan bahan -bahan lain seperti isi ayam atau daging

pasta kari makanan laut (4)
Apa kata cuba masak pasta ni untuk hidangan tetamu raya.. mesti ramai yang suka tatkala masing-masing dah jemu dengan hidangan tipikal raya kan...
 pasta kari makanan laut (3)  

SEAFOOD CURRY PASTA

Bahan-bahan
100gm penne, direbus
4 ekor sotong sederhana besar, dipotong
10 ekor udang dibuang kulit
3 keping kepingan isi ikan merah, dihiris tebal
1 sudu besar serbuk kari udang atau makanan laut
1 sudu kecil serbuk kari daging
½ cawan tomato puri
3 ulas bawang putih
¼  cawan keju parmesan diparut
2 sudu besar minyak zaitun

Cara penyediaan

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang. Masukkan tomato puri, serbuk kari dan kacau rata. Masak seketika sehingga rempah masak.

2.Masukkan udang, sotong dan isi ikan. Masak seketika.. Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air. Masukan garam dan gula serta lada sulah secukup rasa.

3.Masukkan penne yang telah direbus, bersama keju dan gaul rata. Sedia dihidangkan.

↧

Pasta Mudah Dan Simple Dari Leftover Ayam Panggang

$
0
0
Kalau ada yang tengok entry sebelum ni, iaitu cara nak guna leftover ayam panggang di ENTRY INI.. Haaa sekarang ni saya nak tunju cara mudah dan pantas nak sediakan spaghetti bolognese dari lebihan ayam panggang. Mudah dan pantas tu sebab ayam tu dah sedia masak. Kita cuma sediakan sos tomato dan rebus pasta je.

Nampak sedap kan?

P7162608ED

Tips Pasta Simple Dan Mudah

P7162555ED

Ayam panggang disiatkan isinya...
P7162571ED

Bahan yang diperlukan.. satu botol sos pasta segera, sebasrang jenis pasta, saya gunakan macaroni sebab cepat lembut, bawang holland dan ayam panggang tadi
P7162584ED

Panaskan sedikit minyak zaitun, dan tumis bawang besar yang dipotong dadu..
P7162587ED

Dah layu bawang tu masukkan sos tadi. Tambah sedikit serbuk lada hitam secukupnya...
P7162588ED

Tak payah tunggu mendidih, terus masukkan isi ayam panggang. Terus biarkan kuah mendidih seketika dan biarkan sehingga isi ayam lerai sepenuhnya
P7162589ED

Dalam masa kurang 10 minit dah siap satu hidangan pasta. Mak-mak yang berkerja mesti senang kalau dapat masak hidangan simple yang bukan sahaja jimat malah boleh habiskan baki makanan dari terbuang dan terjadinya pembaziran.
P7162592EDP7162596ED
↧

Penawar Lelah Asma dan Batuk Berpanjangan

$
0
0
Sekarang ni dengan kualiti udara yang tak berapa baik kesan jerebu selalu batuk batuk dan selsema. Kadang batuk tu sampai berpanjangan sampai sebulan lebih. Jadi semput juga bila batuk tu kan.. Paling teruk jika naik kereta, buka aircond mesti batuk menjadi-jadi. Sampai semput lelah dibuatnya. Batuk sampai sekarang masih ada tak juga hilang-hilang. Dah penat jumpa doktor dan ambil ubat. Makan ubat batuk banyak-banyak pun tak baik sangat kan..

Rasanya kalau batuk berpanjangan ni bukan saya seorang je kan, tapi mesti ramai yang menghadapi masalah yang sama..

Nasib baik lah jumpa Minyak Herba Asma Mujarab ni.....

PENAWAR LELAH ASMA DAN BATUK

Dah lama dengar keberkesanan Minyak Herba Asma Mujarab ni. Ramai kawan-kawan share tentang keberkesanan minyak ni facebook. Jadi why not kita cuba kan.

Hanya perlu sapu je di dada, leher, tengkuk, juga belakang badan dan tapak kaki setiap kali selepas mandi. Rasa sejuk dan segar je bila sapu. Paling saya suka bila ianya tak lah berminyak sangat macam minyak angin biasa yang berminyak dan melekit. Lepas tu rasalah angin sejuk je kat kulit... sedap je tidur..

Lepas beberapa kali penggunaan, setiap kali bangun pagi kepala rasa segar. Batuk pun ada nampak kurang, rasa lendir di tekak tu kurang sikit berbanding sebelum ni. Lepas tu naik kereta buka air cond dah tak batuk sangat dah. Paling kurang takat sekali dua je habis. Nak teruskan penggunaan minyak ni harap boleh hilang terus batuk tu.

Ingat nak beli juga kat mak mentua yang sekarang tengah batuk batuk juga tak lega-lega...

Ada banyak produk tiruan di pasaran, jadi makesure korang beli botol yang ada label hologram berserta kod scan dibahagian belakang botol macam tertera digambar bawah. Kalau beli yang tak asli nanti tak mujarab la kan...

Cara nak kenal pasti Minyak Herba Asma Mujarab yang asli dengan lebih lanjut boleh baca DISINI



Untuk lebih mudah mengenalpasti produk tulin boleh tonton video di bawah :

 

Banyak review dan kesan yang positif lepas cuba minyak ni.. alhamdulillah... Produk yang bagus yang kita patut adakan dirumah.

Minyak ni juga mempunyai pelbagai kegunaan :

  1. Menghilangkan lelah dan asma
  2. Untuk kembung perut dan sakit perut
  3. Luka dan gigitan serangga
  4. Sakit gigi
  5. Terseliuh

Boleh baca testimoni keberkesanan Minyak Asma Mujarab ni di TESTIMONI INI. Minyak pelbagai kegunaan ni sebotol hanya RM39.





Untuk membeli boleh hubungi Puan Nurul Ain : 017 623 9935 (Produk Owner) atau En. Hafis : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)

Website : herbaasma.com
Facebook : Penawar Semput Lelah Dan Asma

Produk yang baik harulah dikongsi agar semua dapat merasai manfaatnya... :D
↧
↧

Popia Sardin

$
0
0
Hai semua dah sarapan ke? Jom sarapan popia sardin pagi ni.

Popia sardin memang sedap... dah banyak kali buat dan memang laku habis. Nak buat pun tak susah mana. Inti cuma perlu letak sardin, bawang dan cili api potong pun dah cukup sedap. Jom tengok resepi ringkas ni.
P6232452ed

Resepi Popia Sardin 

Bahan-bahan
50 keping kulit popia saiz sederhana
1 tin sardin cap king atau cap ayam
2 labu bawang besar, dicincang
4-5 bii cilipadi dihiris halus
2 biji limau nipis

Cara penyediaan

Keluarkan isi sardin dan asingkan kuahnya. Hancurkan isi menggunakan garfu

Gaul isi sardin dengan bawang besar yang dicincang dan cili padi. erah limau nipis. Gaul rata.

Isi dalam kulit popia, gulung dan sedia untuk digoreng.

Boleh juga buat bentuk samosa selain digulung.
↧

Daging Halia Kicap

$
0
0
Resepi paling mudah dan cepat nak masak. Ni resepi campak-campak tapi sedap sangat. Daging digandingkan dengan halia dan kicap memang gandingan mantap. Sesuai untuk mak-mak berkerja hidangan ni cepat je nak sediakan. Kalau nak tambah sayuran dalam pun boleh sebagai pelengkap hidangan. Boleh tambah brokoli, kubis bunga, lobak merah dan sebagainya.

P_20160602_141444ed

P_20160602_141511ed 

Entry pendek saja hari ni, jom terus tengok resepi

Resepi Daging Halia Kicap

Bahan-bahan 
800gm daging batang pinang dihiris nipis
1 ketul halia, diparut
10 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang besar holland dihiris tebal
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis
Daun bawang dipotong kasar

Cara penyediaan
Daging digaul bersama halia parut, garam, kidap, dan sos tiram. Perap seketika sekurangnya satu jam

Panaskan minyak, tuming daging perapan dan goreng seketika sehingga daging empuk. Boleh tambah air jika terlalu kering. Selalunya air dalam daging dah cukup.

Akhir sekali masukkan bawang besar potong bersama daun bawang. Siap dihidangkan

↧

Resepi Nasi Daging Kedah

$
0
0
Nasi daging ialah antara hidangan popular di utara. Selalunya dimasak pada bulan puasa, hari raya atau semasa kenduri akikah dan korban. Nasi daging ni sebenarnya sejenis hidangan nasi yang ringkas. Nasi dimasak bersama daging dan dihidangkan bersama air asam sebagai pencicah daging tu. Jika ada lauk pun sekadar sup, dalca atau pajeri. Cukup je lauk simple pun kan sebab makan nasinya saja pun dah sedap.

P6182433ed

Sebelum ni dah buat resepi nasi daging ni, resepi boleh tengok di SINI versi yang simle tetapi tidak kurang sedapnya. Tapi kali buat agak berbeza. Saya pakai puri tomato untuk memberi rasa pekat kepada nasi disamping pengunaan susu sejat dan tambah sedikit rempah. Memang sedap.

P6182427ed

Hidangkan dengan ais asam kerisik ni.. Pekat dan sedap!
P6182440ed

Resepi Nasi Daging Kedah

Bahan sup untuk dibuat stok
1kg daging lembu - dipotong kiub besar-besar
2-3 inci halia - dipotong nipis
1 ulas bawang besar
Garam secukup rasa

Cara :
Rebus daging bersama semua bahan-bahan lain sehingga lembut dan empuk. Asingkan daging. Simpan 3-4 cawan air untuk stok nasi. Baki stok boleh dicampur lagi air untuk dijadikan sup untuk dihidangkan bersama nasi.


Bahan-bahan Nasi
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 sudu besar pes tomato puri
1 bungkus kecil rempah sup - atau kalau jumpa rempah nasi daging segera, boleh je guna
1 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras siam
4-5 cawan air rebusan daging - atau lebih terpulang ikut beras yang kita guna
1 cawan susu sejat
2-3 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar rempah sup

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus

Cara :
Cuci beras dan tapis airnya didalam penapis.

Panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk rempah sup bersama rempah kurma. Tumis sehingga naik baunya.

Masukkan air rebusan daging dan susu sejat bersama tomato puri dan kacau rata,  biar sehingga mendidih, kemudian masukkan beras dan daging yang telah direbus.

Masak seperti masak nasi biasa sehingga kering airnya.

Resepi Air Asam Tomato Berkerisik

Bahan-bahan
2 sudu besar belacan bakar - dilarutkan bersama sedikit air dan sedikit cuka
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan air asam pekat
4-5 biji tomato - dihiris nipis
2-3 ulas bawang besar - dihiris nipis
4-5 biji cilipadi - dihiris nipis
3-4 biji cili merah - dihiris nipis
3-4 biji cili hijau (cili muda) - dihiris nipis

Cara :
Larutkan belacan bakar dengan sedikit air dan sedikit cuka. Biar sehingga betul betul larut. Masukkan cili padi yang dipotong.  Picit-picit  atau tekan sedikit cilipadi dengan sudu untuk keluarkan rasa pedas.

Campur cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, dan air asam. Masukkan campuran belacan dan cilipadi tadi. Masukkan kerisik. Gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.


↧

Product Aloe Vera Forever

$
0
0
Korang mesti tahu kan produk Forever ni... memang terkenal produk ni. Ramai kawan yang dah beli dan menggunakan produk ni... 

Khasiat Aloe Vera

menghentikan pertumbuhan tumor
merendahkan kadar kolesterol
memperbaiki sel darah
menambah oksigen di dalam darah
menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom
menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat anti-bakteria
menghentikan kanser colon
sebagai pelincir salur perkumuhan
menghilangkan buasir
meneutralkan gula di dalam darah
memelihara buah pinggang dari penyakit
menghalang jangkitan
memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
 








🔺FB:fara hana

🔺IG: farahamzah.my

Telefon: 0136283485
Kalau korang nak cuba Aloe Vera Gel yang mempunyai pelbagai khasiat terutama untuk detox tu boleh lah cuba rangkaian produk daripada Forever Living ni. Hubungi agent Forever Living yang boleh dipercayai tau.

Facebook : Fara Hana
Instagram : @farahamzah.my
Telefon : 0136283485


↧
↧

Jus Orlin untuk Wanita

$
0
0


Pernah dengar ke product Orlin ni... Jus untuk wanita. Memang bagus diamalkan sebagai food suplement untuk menhilangkan keletihan badan, dan mencatikkan dalaman wanita. Kelebihan jus ni sebab ada Habbatussauda, herba yang mempunyai 1001 manfaat kepada tubuh badan.



















Kita wanita mudah rasa penat dan letih dengan tugas harian, jadi Orlin membantu memulihkan tenaga dalaman.






Jus Orlin atau dulunya dikenali dengan nama Jus Ketat ini ialah Botanical Drink, minuman tenaga yang diformulasikan khas untuk golongan wanita untuk membantu meningkatkan tenaga luaran dan dalaman. Orlin juga membantumenganjalkan kulit, otot pinggul dan payudara serta memperkemaskan sistem dalaman wanitauntuk memberi lebih keyakinan.




Kebaikan Jus Orlin








Diambil setiap hari sesudu besar dan Rasanya manis manis buah kerana kandungan dia terdiri daripada Kurma,
Madu, Serapat, Kolagen,Sirih, Habbatussaudha, Mirifica, ada ada beberapa bahan lain.







SIAPA YANG BOLEH MINUM JUS ORLIN INI?


ibu dalam pantang
ibu menyusu anak
wanita yang ada masalah keputihan
wanita yang inginkan zuriat
wanita bekerjaya
wanita senggugut
wanita yang sering hidap masalah sembelit
wanita migrain
wanita bersaiz besar


Harga 1 botol Jus Orlin ini adalah RM110.00 (WM) / RM120 (EM)







Untuk membuat pembelian :

Website :Alludra International

Facebook : Alludrainternational

Alludra HQ : 017-6767966
↧

Laksa Lemak Ala Laksa Johor

$
0
0
Hai semua,

Teringin laksa yang berkuah lemak dan pekat. Ada dua pilihan sama ada laksam atau laksa johor. Disebabkan kemahiran membuat mee laksam masih belum dikuasai dan penyakit kurang keyakinan diri melanda, maka pilih option ke dua iaitu Laksa Johor. Tapiiii sebelum kena keji dengan orang Johor, baik saya mengaku siap-siap, ni laksa lemak ALA laksa johor bukan laksa johor betul ye. Sebab banyak bahan laksa johor saya skip sebab last minute memang susah nak cari apatah lagi banyak pula bahannya tu, Jadi lah laksa lemak ala laksa johor pun janji sedap hehehe..

P7222740ED

Spaghetti pun tak reti nak cap (simpulan laksa johor) dan timun tu maaflah tak berapa reti nak potong, jadilah kan macam tu pun hehehe...
P7222755ed

Sambal belacan tu memang sedap dimakan bersama laksa ni. Memang terbaik! Saya tidak menggunakan sebarang pes cili dalam kuah laksa lemak ni, tapi kalau korang nak tambah boleh je supaya kuah jadi merah elok dan pedas sikit. Saya cuma gunakan rempah kari semata. Dalam tu pun dah ada serbuk cili cuma kandunganya tak la banyak mana..
P7222760ed

Resepi Laksa Lemak Ala Laksa Johor

Bahan-bahan kuah
1 kg ikan selayang (sardin), direbus bersama sedikit asam keping, halia dan lengkuas, ambil isinya dan tumbuk atau kisar
Tulang ikan pula dikisar bersama air rebusan dan tapis menggunakan penapis raga plastik - bukan penapis santan ye.
1 cawan isi udang - dikisar
2 cawan santan pekat
2 peket kecil rempah kari daging
1 peket kecil rempah kari ikan
3-4 keping asam keping
3 batang serai dititik
2 kuntum bunga kantan - dibelah dua
Daun kesum
Minyak untuk tumis
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 paket spaghetti direbus sehingga betul-betul kembang dan lembut - rebus lama

Bahan kisar
1 sudu besar udang kering
2 batang lengkuas sederhana  - hiris nipis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3-4 biji buah keras - saya tambah

Bahan ulam (dihiris halus dan nipis)
Daun pudina
Timun
Bawang besar
kacang panjang
Taugeh

Sambal belacan
5-6 biji cili merah
1/2 sudu besar belacan
1-2 sudu besar perahan limau nipis / kasturi

Kisar cili merah dan belacan menggunakan blender kering. Gaul sebati dengan perahan limau

Cara penyediaan kuah

Panaskan minyak, bahan kisar sehingga wangi, masukkan serai yang dititik, kemudian masukkan campuran rempah kari daging dan ikan yang telah dibancuh dengan sedikit air.

Tumis sehingga rempah garing dan naik minyak

Masukkan air kisaran tulang ikan yang telah ditapis, isi ikan yang telah ditumbuk dan juga isi udang kisar.

Biar mendidih dan kemudian masukkan santan pekat. Masukkan asam keping bunga kantan dan daun kesom. Rasakan garam dan tambah sedikit gula jika suka. Kacau dan biar mendidih pada api perlahan beberapa ketika supaya kuah lebih pekat dan bertambah sedap. Hidangkan dengan mee spaghetti yang telah direbus lembut bersama bahan ulam dan sambal belacan


Jom cuba buat laksa lemak ala laksa johor yang tak kurang sedapnya ni

↧

Agli Olio Beef

$
0
0
Aglio Olio Beef ni resepi paling simple. Rasa boleh tahan sebab menggunakan daging cincang. Boleh juga gantikan dengan daging ayam cincang kalau tak suka daging. Aglio Olio ni resepi pasta berasaskan minyak zaitun dan bawang putih sebagai bahan utama. Selalu diletak seafood dalamnya. Letak daging cincang pun sedap! Ok jom try!

P6262487ed

Resepi Agli Olio Beef 

Bahan-bahan
200 gm spaghetti direbus
500 gm daging cincang - saya pakai jenama Ramly
5 ulas bawang putih dicincang
Chilli flakes atau cili kering dipotong nipis
Minyak zaitun secukupnya - selalunya minyak agak banyak, pastikan guna minyak zaitun sahaja

Cara penyediaan

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga layu
Masukkan dhili flakes dan goreng sekejap tapi jangan sampai hangus
Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan keperangan
Boleh tambah sedikit air rebusan spaghetti supaya daging cepat masak dan tak hangus
Masukkan spaghetti yang telah direbus dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
↧
Viewing all 648 articles
Browse latest View live